Al-Kisah Di Hari Minggu (16 December 2012)
As’salammualaikum…
Syukur kepada Allah, Tuhan Sekalian Alam Yang Maha Esa kerana memberi izin kepada diriku ini mencelikkan mata menikmati bumi yang indah ciptaanNYA.
Alhamdulillah..
Permulaan hari pada jam 6.05 pagi, menunaikan kewajipan
sebagai hambaNYA.
Tiada aktiviti untuk hari ini, hanya bersantai sahaja di
rumah-ku syurgaku.
Jam menunjukkan 11.59, tetapi masih lagi lena dibuai mimpi.
Membalas semula hari-hari bekerja selama ini, maklum lah masih bujang lagi. Di
sini diselitkan sekali keadaan di pagi hari(tengahari dah tuu).
![]() | ||
| Pilih pintu mane dulu. |
Sekadar perkongsian bersama, keadaan di rumah di pagi hari
ini. Selepas itu, kelihatan dapur yang agak kemas yang perlu dikerjakan
sebentar lagi. Seperti yang dirancang kelmarin untuk memasak, hari ini menu
masakannya MASAKAN BUJANG. Gambaran dibawah adalah keadaan dapur di rumah
bujang.
![]() |
| Dapur Bujang |
Setelah menghabiskan masa selama 1 jam, perlihatkan lah
hasilnya. Pasti terliur kepada yang melihatnya. Khas untuk Nor Azie Azren,
mari lah kita makan bersama.
Nampak macam lazatkan, cume menu tiada sayur. Ini disebabkan
menunya, tidak digalakkan bersayur.
InshaAllah, suatu hari nanti masa itu akan tiba bila mana
sudah mempunyai ‘orang rumah’. Di
kala nanti, tugas di dapur sudah beralih tugas kepada dia. Akan tetapi, bukan
semua harus dipikul oleh dia, bersama lah kita saling membantu
Muhasabah untuk
hari ini adalah belajar untuk memuaskan diri sendiri di waktu bujang begini.
Mencapai/mendapatkan sesuatu atas dasar usaha sendiri macam yang aku buat hari
ini.
Untuk masakan seterusnya, akan diminta kembali menu
daripada Nor Azie Azren. Tom Yam.!!
Marilah kita berhijrah ke arah kebaikan dan keredhaanNYA
Gambaran dibawah memperjelaskan pergambaran kehidupan lelaki
bujang!! Sila lah komen membangun. Segala yang baik datangnya dariNYA, dan
keburukan dari diriku.
![]() |
| Agak Sepah Tapi itulah Hakikatnya. |
Cukup saja lah nurkilan untuk hari ini, khas untuk yang
membaca ini iaitu tunangku, Nor Azie Azren Binti Mokhtar. Sudah baca harap
dibalas, balasan darimu akan ku tunggu.
Persiapan untuk hari-hari mendatang akan diusulkan. Mari
kita nantikan bersama.
Terima kasih kerana membaca.
(Mesti sedang tersenyum tersipu malu)





