Sunday, December 16, 2012

Al-Kisah Di Hari Minggu


Al-Kisah Di Hari Minggu  (16 December 2012)

As’salammualaikum…

Syukur kepada Allah, Tuhan Sekalian Alam Yang Maha Esa kerana memberi izin kepada diriku ini mencelikkan mata menikmati bumi yang indah ciptaanNYA

Alhamdulillah..

Permulaan hari pada jam 6.05 pagi, menunaikan kewajipan sebagai hambaNYA.
Tiada aktiviti untuk hari ini, hanya bersantai sahaja di rumah-ku syurgaku.
Jam menunjukkan 11.59, tetapi masih lagi lena dibuai mimpi. Membalas semula hari-hari bekerja selama ini, maklum lah masih bujang lagi. Di sini diselitkan sekali keadaan di pagi hari(tengahari dah tuu). 

Pilih pintu mane dulu.

Sekadar perkongsian bersama, keadaan di rumah di pagi hari ini. Selepas itu, kelihatan dapur yang agak kemas yang perlu dikerjakan sebentar lagi. Seperti yang dirancang kelmarin untuk memasak, hari ini menu masakannya MASAKAN BUJANG. Gambaran dibawah adalah keadaan dapur di rumah bujang.

Dapur Bujang

Setelah menghabiskan masa selama 1 jam, perlihatkan lah hasilnya. Pasti terliur kepada yang melihatnya. Khas untuk Nor Azie Azren, mari lah kita makan bersama.






Nampak macam lazatkan, cume menu tiada sayur. Ini disebabkan menunya, tidak digalakkan bersayur.
InshaAllah, suatu hari nanti masa itu akan tiba bila mana sudah mempunyai ‘orang rumah’. Di kala nanti, tugas di dapur sudah beralih tugas kepada dia. Akan tetapi, bukan semua harus dipikul oleh dia, bersama lah kita saling membantu

Muhasabah untuk hari ini adalah belajar untuk memuaskan diri sendiri di waktu bujang begini. Mencapai/mendapatkan sesuatu atas dasar usaha sendiri macam yang aku buat hari ini.
Untuk masakan seterusnya, akan diminta kembali menu daripada Nor Azie Azren. Tom Yam.!!
Marilah kita berhijrah ke arah kebaikan dan keredhaanNYA
 
Gambaran dibawah memperjelaskan pergambaran kehidupan lelaki bujang!! Sila lah komen membangun. Segala yang baik datangnya dariNYA, dan keburukan dari diriku.

Agak Sepah Tapi itulah Hakikatnya.

Cukup saja lah nurkilan untuk hari ini, khas untuk yang membaca ini iaitu tunangku, Nor Azie Azren Binti Mokhtar. Sudah baca harap dibalas, balasan darimu akan ku tunggu.

Persiapan untuk hari-hari mendatang akan diusulkan. Mari kita nantikan bersama. 

Terima kasih kerana membaca.

(Mesti sedang tersenyum tersipu malu)