Orang berjaya malas nak bercerita pasal minda separa sedar sebab tak ramai orang sekeliling mahu memahaminya.
Orang-orang berjaya lebih suka mengaplikasikan pengetahuan mereka tentang minda separa sedar secara diam-diam lalu merasai kesannya diam-diam. Nak eksplain, tak semua orang leh faham. Sebab, tak semua orang nak berjaya.
Untuk menjadi orang bermotivasi kita kena kenal diri sendiri. Terlebih dahulu, kita kena mengenali kehebatan minda kita – minda sedar dan minda separa sedar kita.
Saya suggest Anda cari buku Membina Imaginasi Cemerlang ditulis oleh Dr Tuah Iskandar. Selepas Anda sudah memahami pekebendanya minda separa sedar dan faham sebenar-benar faham cemana minda separa sedar berfungsi, seterusnya cari buku bertajuk Kuasa Minda Separa Sedar terbitan PTS Publication untuk bacaan ‘advance’.
Saya suka kedua-dua buku ni, kedua-duanya saling melengkapi antara satu sama lain sebab itulah saya cadangkan Anda membacanya sampai habis.
No comments:
Post a Comment