Kenapa Anda perlu ada visi?
Sebabnya, Anda kena memajukan diri. Anda kena capai tahap baru.
Anda mesti capai tahap lebih bagus, supaya Anda berkembang menjadi orang cemerlang, bukan orang tidak cemerlang. Anda pasti mahu berjaya dalam hidup, keluar dari kepompong lama.
Setiap orang mahu jadi orang berjaya, senang dan dikenali ramai. Begitu juga Anda.
Persoalan kenapa Anda perlu ada visi, jawapannya ada apabila Anda tanya pada diri Anda soalan-soalan berikut…
1. Apa tujuan hidupku?
2. Untuk apa aku lahir ke dunia ini?
3. Apa peranan aku?
Bila Anda sudah nampak hala tuju Anda dalam hidup, Anda sudah ada visi, iaitu sesuatu yang mahu Anda capai. Visi ialah apa yang Anda mahucapai di masa depan, apa yang Anda mahu ada di masa depan, orang cemana anda mahu jadi di masa depan.
Ada orang nampak dirinya di masa depan sebagai guru, jurutera, penulis buku, ustaz, peniaga berjaya, arkitek, doktor mahupun peguam.
Visi datang dari cita-cita Anda.
Untuk Anda tahu siapa diri Anda dan apa peranan Anda dalam keluarga serta masyarakat, Anda perlu kenal pasti dulu apa cita-cita Anda yang paling utama.
Syaratnya, cita-cita Anda tidak boleh asyik berubah-ubah (sekejap itu, sekejap ini). Sebab, bika cita-cita Anda berubah-ubah, kemahuan Anda akan jadi berubah-ubah. Kesannya, visi Anda berubah-ubah.
Anda akan menjadi orang tanpa visi. Kesannya, tidak akan cemerlang, jauh dari jalan kejayaan.a
No comments:
Post a Comment